WELCOME TO MY BLOG.

This blog is built for the purpose of Individual
Coursework for TMP6093:Mathematics For Children With Special Needs.


Saturday, January 2, 2010

Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran

DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:

kebolehan kognitif
tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
penguasaan bahsa lisan/pertuturan
penguasaan membaca
kemahiran perkembangan (developmental skills)
kemahiran matematik

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARANTerdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:

Ciri-ciri fizikal Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.

Ciri-ciri intelek Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.


Ciri-ciri sosial dan peribadi

Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.



RASIONAL

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.

MATLAMAT

Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

OBJEKTIF

Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:

Menguasai kemahiran komunikasi
Menguasai kemahiran bergaul
Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling
Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
Menguruskan hal-hal kehidupan seharian
Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
Melibatkan diri dalamkegiatan rekreasi
Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek
SASARAN

Murid-murid terencat akal ringan yang:

Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliah
Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
Tiada kecacatan fizikal yang teruk
Tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (sukar dikawal),ganas atau mental yang teruk
Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain. (percubaan selama 3 bulan diberikan kepada murid-murid baru)



Terencat Akal

Diskalkulia, Disgraphia, Disleksia

Autisme
~Bermasalah komunikasi
~Sukakan rutin
~Berada di dunia sendiri
~Ekolalia
~Cederakan diri sendiri
~Kompulsif tanpa tahu kesan
~Tidak suka bergaul
~Tidak ada tentangan mata
~Kerencatan bahasa
~Masalah kefahaman
~Tidak suka disentuh
~Bermasalah interaksi sosial
~Pergerakan berulang-ulang


Palsi Serebrum

~Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badan
~Masalah pergerakan
~Masalah postur
~Kekejangan
~Pergerakan tidak terkawal
~Masalah imbangan badan
~Masalah komunikasi
~Masalah motor halus/kasar
~Masalah tulisan
~Masalah perkembangan motor halus/kasar


Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa
~Kecelaruan pertuturan
~Kecelaruan bahasa
~Kecelaruan suara
~Masalah artikulasi
~Masalah kelancaran


Sindrome Down

Gangguan Penumpuan ADHD

~Lambat menyiapkan tugasan
~Mudah terganggu
~Masalah kosentrasi
~Masalah mengurus tugasan
~Cepat lupa
~Impulsif
~Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu
~Memerlukan pengawasan yang lebih
~Masalah menunggu giliran


Hiper Aktif

~Tidak boleh duduk diam
~Impulsif
~Tumpuan perhatian singkat
~Suka ganggu orang lain
~Bermasalah Pembelajaran


Pintar cerdas dan Berbakat
~Keupayaan umum yang istimewa
~Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi
~Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi
~Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran
~Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan

No comments:

Post a Comment